POSTER PI1M

Pertandingan kuiz dalam aplikasi Dashboard Komuniti (DK) bertujuan untuk memastikan aplikasi DK ini sentiasa memberi manfaat kepada pengguna untuk berhubung antara komuniti dan senantiasa digunakan oleh komuniti. Pengguna juga akan di uji dengan soalan-soalan yang berkait dengan modul-modul yang terkandung dalam DK.

Peraduan ini terbuka kpd seluruh Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas dan merupakan AHLI DASHBORAD KOMUNITI yg sah berdaftar di Pusat Internet  di bawah selia TM sahaja.

📱Tempoh penyertaan adalah dari MAC 2018 hingga 31 DISEMBER 2018.

📱Peserta yang ingin menyertai peraduan ini boleh muat-turun aplikasi Dashboard Komuniti di mana-mana Pusat Internet di bawah kendalian TM sahaja.

📱Peserta hanya perlu menjawab soalan kuiz yang akan dikeluarkan dalam paparan Dashboard Komuniti (DK) dari semasa ke semasa. Peserta perlu menjawab soalan kuiz tersebut sebanyak 20 soalan setiap modul DK yang dipertandingkan.

📱Senarai pemenang akan di umumkan di laman web Dashboard Komuniti di PI www.dashboard.pi1m.my dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

📱Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan petugas PI Felda Mempaga 3 atau hubungi di talian 03-80682300.