Pn Hasnah Abdul Rahman

Nama Produk : Citarasa Warisan Enterprise

            Puan Hasnah Abdul Rahman 46 tahun, penerokawati di Felda Mempaga 3 merupakan usahawan yang menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang IKS dan beliau telah menubuhkan syarikat Citarasa Warisan Enterprise sejak 8 tahun lepas.  Beliau merupakan ibu kepada 6 orang cahaya mata dan kini giat menghasilkan pelbagai jenis kerepek dan kuih kering antaranya kerepek pisang, maruku dan jejari pelbagai perisa.  Pada mulanya, beliau menghasilkan kuih secara kecil-kecilan dirumah tetapi kini beliau sudah mempunyai bengkel sendiri dengan kemudahan pelbagai mesin.

            Produk yang dihasilkan akan dipasarkan sekitar daerah Bentong dan kadangkala mendapat permintaan daripada luar daerah.  Kemudahan kredit dan modal pusingan diperoleh daripada Bank Rakyat dan juga MARA.  Selain itu, beliau juga mendapatkan khidmat nasihat Dinamik MARA dalam menjalankan perusahaan sehingga berjaya.  Pihak FELDA juga turut membantu dalam menyediakan kursus untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kemampuan usahawan untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah setanding dengan usahawan di luar tanah rancangan.

            Pelbagai rintangan dilalui oleh beliau, namun semua itu dianggap sebagai pencetus semangat untuk beliau terus berjaya dan membesarkan perniagaan.  Perniagaan ini sedang rancak berkembang dan mesin-mesin untuk penghasilan kuih kering juga ada yang masih belum sampai.  Beliau tetap meneruskan penghasilan kuih dan keuntungan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM 3,000.  Ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk menyara keluarga dan tidak bergantung terus dengan hasil sara hidup Felda.  Keusahawan mampu mengubah nasib individu malahan dapat menjana ekonomi penduduk dan seterusnya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.  Jom kita celik dan bijak IT, segalanya dihujung jari.

kerepek

Antara produk dari Citarasa Warisan Enterprise

Untuk tempahan boleh menghubungi talian yang tertera

Alamat : Kilang Kerek Felda Mempaga, 28600 Karak, Pahang.

No.Tel  : 019-9919631

Facebook : Citarasa Warisan

Pn Zamzita Binti Abdul Hamid

Nama Produk : Mufaza Bakery

       Puan Zamzita mula menceburkan diri dengan perniagaan roti dan kek sejak 2012. Beliau banyak mengikuti kursus keusahawanan serta kursus pembuatan roti dan kek bagi memberikan pengalaman dan kemahiran dalam bidang ini. Antara produk yang dihasilkan di Mufaza Bakery adalah pelbagai aneka kek, cheese tart, tiger roll, mexico bun, pizza, roti sarang lebah, bun pelbagai inti seperti kaya, kelapa, kacang merah dan butter.  Beliau juga akan membuat penghantaran ke kedai-kedai sekitar Mempaga, Lebu dan Kilang Sawit.  Selain itu beliau juga berniaga di Uptown Raub pada setiap malam Sabtu.  Menurut beliau sambutan disana sangat baik dengan kehadiran pengunjung sekitar Raub dan Bentong.

        Permulaan perniagaan, Puan Zamzita hanya bermodalkan RM 10,000 untuk menyediakan peralatan dan menyewa kedai.  Sehingga kini pendapatan kasar perniagaan adalah sebanyak Rm 3,000. Selain penghasilan roti dan kek, beliau juga ada membuat masakan panas pada sebelah petang dan malam.  Beliau juga dalam perancangan untuk menghadiri kursus penyediaan “Western Food”.  Sehingga kini perniagaan beliau semakin berkembang dari hari ke hari dan beliau juga ada menubuhkan koperasi keluarga.  Melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan, beliau mampu bergerak maju ke depan seiring dengan peredaran semasa.  Peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang tidak mematahkan semangat beliau demi minat yang mendalam dalam bidang pembuatan kek dan roti.

mufaza bakery portal

 Antara produk di Mufaza Bakery

Untuk tempahan boleh menghubungi talian yang tertera

Alamat : No P10, Medan Selera FeldaJaya Mempaga, Feldajaya Timur Mempaga, 28600 Karak, Pahang.

No.Tel & WhatsApp : 012-4600292

Facebook : Mufaza Bakery & Cake