LOKASI

Felda Mempaga yang terletak di Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur berada di garis pertembungan antara dua mukim iaitu mukim Sabai dan mukim Bentong. Felda Mempaga 3 dan Felda Mempaga 2 terletak di mukim Bentong, manakala Felda Mempaga 1 dan Feldajaya Timur Mempaga terletak di mukim Sabai.

Felda Mempaga 3 yang terletak dalam mukim Bentong di bawah kawasan parlimen Bentong dan Dewan Undangan Negeri Ketari. Rancangan ini asalnya di bawah rancangan Sistem Saham.  Pada tahun 1990 atas kehendak Kementerian dan FELDA sistem ini ditukar kepada rancangan Sistem Blok dan akhirnya menjadi Sistem Lot Individu. Sumber ekonomi utama di Felda Mempaga 3 adalah pertanian kelapa sawit, penternakan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS).

MEMPAGA3

 Sumber : Google Maps

POPULASI PENDUDUK

Penduduk Felda Mempaga 3 terdiri daripada 705 lelaki dan 692 perempuan. Keseluruhan penduduk Felda Mempaga 3 merupakan kaum Melayu bumiputera.

Kumpulan Umur

Kuantiti

<12 Tahun

45

12 – 17 Tahun

97

18 – 25 Tahun

436

26 – 40 Tahun

407

41 – 58 Tahun

329

>58 Tahun

83

Jumlah

1397

AHLI PARLIMEN, ADUN & PEMIMPIN SETEMPAT

Jawatan

Nama

Ahli Parlimen

YB Puan Young Syefura Binti Othman 

ADUN

YB Encik Su Keong Siong 

Pengurus Felda

Encik Yusri Bin Seman

Ketua Kampung

Encik Mashanodin Bin Kasim