MySejahtera adalah aplikasi pemantauan COVID-19 yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri dan mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih.

Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia , MAMPU dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran aplikasi ini, layari laman sesawang MySejahtera iaitu https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Jom muat turun aplikasi ini sekarang.

Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

FB IMG 1586591500709

 FB IMG 1586591505103

 

 

KLINIK KESIHATAN MEMPAGA

Felda Mempaga,
28600 Karak,
Pahang, Malaysia.

Tel: 09-2377954

Perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat FELDA bermula sejak penempatan berlaku iaitu pada 1hb Jan 1981.  Pada masa itu hanya Perkhidmatan Klinik Kesihatan Bergerak dari KK Karak yang datang seminggu sekali.  Seorang bidan terlatih ditempatkan di sini pada masa itu untuk mengendalikan kes-kes bersalin.  Dua buah rumah peneroka yang kosong telah digunakan sebagai pesakit luar dan klinik kesihatan ibu dan anak.  Lawatan Pegawai Perubatan & kesihatan dilakukan sebulan sekali. 

Pasukan klinik bergerak pada masa itu dianggotai oleh:

      • Seorang Pembantu Perubatan
      • Seorang Jururawat Kesihatan
      • Seorang Bidan Terlatih
      • Seorang Attendan Kesihatan

      Pada waktu itu tiada bekalan air paip dan elektrik yang sempurna.  Bekalan air hanya waktu siang manakala elektrik pula hanya ada diwaktu malam sahaja.  Sehingga 1hb Okt 1990 kemudahan asas ini diberikan 24 jam begitu juga dengan kemudahan telefon.

      Jarak diantara felda Mempaga ke Bandar Bentong adalah 25km, manakala jarak KK Mempaga dengan KK Karak ialah 26km dan lurah Bilut pula adalah 22km.  Pada peringkat awal sejumlah 600 peneroka dan keluarga menerima perkhidmatan kesihatan.  Penempatan peneroka telah dibuat secara berperingkat sejak tahun 1981 sehingga 1990.  Jumlah bancian penduduk terkini ialah 11,885 orang.

      Klinik kesihatan yang lebih sempurna telah siap dibina pada tahun 1987 dan mula beroperasi pada 1hb Jun 1987.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba pada 27hb April 1989.  Kawasan operasi juga telah diperluaskan hingga ke felda Sertik, Kg. Pareh dan Kg. Aji Kubur.

      UNIT PESAKIT LUAR

      WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN MEMPAGA

      PERASMIAN KLINIK KESIHATAN FELDA MEMPAGA