Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.

PERMATA

banner papn mempaga

Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.

Kolej Yayasan Felda Mempaga, Pahang

logo kolej felda mempaga

Kursus Hospitaliti

Kolej Yayasan Felda Mempaga menawarkan Kursus Hospitaliti seperti:-
i) Kulinari
ii) Pastri
iii) Bakeri
iv) Pramusaji
v) Pembantu Atendan Bilik 
vi) Kerani Kaunter Hadapan

            Kursus ini menggunapakai modul pengajaran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Tempoh pengajian bagi kursus adalah selama 6 bulan setiap tahap. Pengajian kursus sehingga Tahap 2 kecuali Kursus Kulinari yang ditawarkan hingga Tahap 3. Mereka yang mengikut kursus ini memperolehi kemahiran menyediakan pelbagai makanan dalam industri makanan, melayan pelanggan dengan berkesan dan kaedah mengemas bilik yang betul.