KLINIK KESIHATAN MEMPAGA
Felda Mempaga,
28600 Karak,
Pahang, Malaysia.
Tel: 09-2377954
Perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat FELDA bermula sejak penempatan berlaku iaitu pada 1hb Jan 1981. Pada masa itu hanya Perkhidmatan Klinik Kesihatan Bergerak dari KK Karak yang datang seminggu sekali. Seorang bidan terlatih ditempatkan di sini pada masa itu untuk mengendalikan kes-kes bersalin. Dua buah rumah peneroka yang kosong telah digunakan sebagai pesakit luar dan klinik kesihatan ibu dan anak. Lawatan Pegawai Perubatan & kesihatan dilakukan sebulan sekali.
Pasukan klinik bergerak pada masa itu dianggotai oleh:
-
-
- Seorang Pembantu Perubatan
- Seorang Jururawat Kesihatan
- Seorang Bidan Terlatih
- Seorang Attendan Kesihatan
Pada waktu itu tiada bekalan air paip dan elektrik yang sempurna. Bekalan air hanya waktu siang manakala elektrik pula hanya ada diwaktu malam sahaja. Sehingga 1hb Okt 1990 kemudahan asas ini diberikan 24 jam begitu juga dengan kemudahan telefon.
Jarak diantara felda Mempaga ke Bandar Bentong adalah 25km, manakala jarak KK Mempaga dengan KK Karak ialah 26km dan lurah Bilut pula adalah 22km. Pada peringkat awal sejumlah 600 peneroka dan keluarga menerima perkhidmatan kesihatan. Penempatan peneroka telah dibuat secara berperingkat sejak tahun 1981 sehingga 1990. Jumlah bancian penduduk terkini ialah 11,885 orang.
Klinik kesihatan yang lebih sempurna telah siap dibina pada tahun 1987 dan mula beroperasi pada 1hb Jun 1987. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba pada 27hb April 1989. Kawasan operasi juga telah diperluaskan hingga ke felda Sertik, Kg. Pareh dan Kg. Aji Kubur.
UNIT PESAKIT LUAR
WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN MEMPAGA
PERASMIAN KLINIK KESIHATAN FELDA MEMPAGA
-