Pn Zamzita Binti Abdul Hamid

Nama Produk : Mufaza Bakery

       Puan Zamzita mula menceburkan diri dengan perniagaan roti dan kek sejak 2012. Beliau banyak mengikuti kursus keusahawanan serta kursus pembuatan roti dan kek bagi memberikan pengalaman dan kemahiran dalam bidang ini. Antara produk yang dihasilkan di Mufaza Bakery adalah pelbagai aneka kek, cheese tart, tiger roll, mexico bun, pizza, roti sarang lebah, bun pelbagai inti seperti kaya, kelapa, kacang merah dan butter.  Beliau juga akan membuat penghantaran ke kedai-kedai sekitar Mempaga, Lebu dan Kilang Sawit.  Selain itu beliau juga berniaga di Uptown Raub pada setiap malam Sabtu.  Menurut beliau sambutan disana sangat baik dengan kehadiran pengunjung sekitar Raub dan Bentong.

        Permulaan perniagaan, Puan Zamzita hanya bermodalkan RM 10,000 untuk menyediakan peralatan dan menyewa kedai.  Sehingga kini pendapatan kasar perniagaan adalah sebanyak Rm 3,000. Selain penghasilan roti dan kek, beliau juga ada membuat masakan panas pada sebelah petang dan malam.  Beliau juga dalam perancangan untuk menghadiri kursus penyediaan “Western Food”.  Sehingga kini perniagaan beliau semakin berkembang dari hari ke hari dan beliau juga ada menubuhkan koperasi keluarga.  Melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan, beliau mampu bergerak maju ke depan seiring dengan peredaran semasa.  Peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang tidak mematahkan semangat beliau demi minat yang mendalam dalam bidang pembuatan kek dan roti.

mufaza bakery portal

 Antara produk di Mufaza Bakery

Untuk tempahan boleh menghubungi talian yang tertera

Alamat : No P10, Medan Selera FeldaJaya Mempaga, Feldajaya Timur Mempaga, 28600 Karak, Pahang.

No.Tel & WhatsApp : 012-4600292

Facebook : Mufaza Bakery & Cake