Jumlah keahlian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Mempaga 3 terkini (sehingga 30 Jun 2024) adalah seramai 1610 orang. Kebanyakan ahli yang mendaftar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Mempaga 3 terdiri daripada penduduk setempat.

IMG 20200726 120559

Antara ahli yang mengikuti Latihan ICT dan Program yang dianjurkan NADI Felda Mempaga 3

 

 

 PENGENALAN :

    

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan perkhidmatan seperti berikut :
  • Latihan ICT dan keusahawanan percuma 
    • Kemudahan komputer dan internet
    • Wifi Komuniti Kampung Tanpa Wayar (KTW) Percuma
    • Pembayaran bil dan tambah nilai telefon bimbit
  • Fotostat, Printing, Binding, Laminate & Scanning

 

 LOKASI :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Mempaga 3 terletak dalam daerah Bentong dan kedudukannya sangat strategik. Kedudukan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terletak di tengah-tengah perjalanan Bentong dan Karak membolehkan pengunjung untuk singgah dan menikmati perkhidmatan yang ditawarkan seperti penggunaan internet yang jauh lebih murah serta pelbagai lagi perkhidmatan lain. Selain itu perjalanan dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke Bentong dan Karak hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jika pengunjung dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 1 jam 25 minit melalui Lebuhraya Karak.

 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

 

Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami ;

PENGURUS
M leha
Nama : Siti Zaleha Binti Ali
Mula berkhidmat : 17 Disember 2012
 
 
PENOLONG PENGURUS
AM Suliza 2
 
Nama : Nur Suliza Binti Mohd Zamary
Mula berkhidmat : 03 Mac 2016