Azzahrah Homestay yang terletak di Felda Mempaga mempunyai 3 unit homestay. Di sini terdapat homestay ala hotel yang mempunyai 6 buah bilik, homestay rumah kedai yang mempunyai 3 buah bilik dan homestay Feldajaya yang mempunyai 4 buah bilik. Pelbagai kemudahan asas turut disediakan di Azzahrah Homestay.

Homestay ini sesuai untuk dijadikan penginapan sekeluarga, rakan-rakan, tempat berehat untuk menghadiri kenduri kendara , mendaftar anak sekolah, berbulan madu dan merasai suasana kampung.

28700963 1676515025746849 4212839147579020787 o

 

Gibbon Retreat Bentong merupakan sebuah tempat peranginan yang menyediakan chalet serta khemah gaya moden (glamping) yang terletak dicelahan pokok dalam Hutan Simpan. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan menghirup udara segar sambil mendengar bunyi unggas rimba.

Antara pilihan penginapan di sini antaranya adalah Chalet, Chalet & Glamping, Glamping atau membawa khemah sendiri. Kawasan Gibbon Retreat Bentong luas dan sesuai untuk mencari ketenangan. Selain itu pengunjung boleh malakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai, berkelah dan merentasi laluan sekitarnya untuk melihat flora dan fauna.

Pengunjung juga boleh menempah penginapan jenis "Bentong View Chalet" untuk melihat permandangan Bentong dan Gunung Rajah. Selain itu, para pengunjung dapat melihat beberapa jenis haiwan dalam habitat semulajadinya.

 

5e468cadbd8e1bd190dfca0d Dwellings 01 p 800

 

Alamat : Lot 17799 Sungei Semantut, 27600 Bentong, Pahang

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : https://www.gibbonretreat.com/

No Telefon : 011-3602 3507

 

Feldajaya Timur Mempaga ini terletak diantara bandar Bentong, Karak dan Raub. Mempunyai 5 jenis rumah banglo iaitu Pegaga, Selasih, Pandan, Serai dan Cengkih dan berjumlah 102 buah rumah keseluruhanya.

Zack Homestay ialah sebuah rumah banglo jenis pandan yang dimiliki oleh generasi kedua yang telah didirikan pada tahun 2003 dan telah dijadikan sebuah homestay yang unik dan menarik untuk dikunjungi. Homestay ini sesuai untuk dijadikan penginapan sekeluarga, rakan-rakan, tempat berehat untuk menghadiri kenduri kendara , daftar anak sekolah, honeymoon dan menenangkan jiwa dari kesibukan kota.

page

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, hubungi Encik Zakaria Ibrahim di talian 013-9610858 atau 013-2333930

 

Green Homestay terletak di Kedai Mara Felda Mempaga 01. Di Green Homestay terdapat 2 buah homestay yang bersaiz kecil dan sederhana. Kemudahan yang disediakan di Green Homestay memenuhi keperluan dan citarasa setiap pengunjung.

  • Kemudahan yang disediakan Green Homestay 2 atau 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan kipas dan aircond, dapur dilengkapi dengan peti ais, tempat memasak dan set meja makan, ruang tamu yang selesa dilengkapi dengan televisyen berserta astro dan set sofa serta laman depan rumah yang luas untuk parking kereta & beriadah,

 

1

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, hubungi Cik Mat di talian 013-9408294

 

19424549 1956770724538752 4900770271110677087 n

Cinta Manis Eco Resort mempunyai keluasan tanah 18 ekar. Resort ini dilengkapi bilik dengan kemudahan aircond, kesegaran tanaman sayuran dan buah-buahan untuk dinikmati. Terdapat juga pelbagai aktiviti lasak seperti rock climbing dan flying fox. Selain itu pengunjung juga boleh memancing, bersenam, memberi makan haiwan dan menaiki bot.

Alamat : Lot 3744, Kampung Cinta Manis 28600 Karak, Pahang

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : http://cintamanisecoresort.com