Gibbon Retreat Bentong merupakan sebuah tempat peranginan yang menyediakan chalet serta khemah gaya moden (glamping) yang terletak dicelahan pokok dalam Hutan Simpan. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan menghirup udara segar sambil mendengar bunyi unggas rimba.

Antara pilihan penginapan di sini antaranya adalah Chalet, Chalet & Glamping, Glamping atau membawa khemah sendiri. Kawasan Gibbon Retreat Bentong luas dan sesuai untuk mencari ketenangan. Selain itu pengunjung boleh malakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai, berkelah dan merentasi laluan sekitarnya untuk melihat flora dan fauna.

Pengunjung juga boleh menempah penginapan jenis "Bentong View Chalet" untuk melihat permandangan Bentong dan Gunung Rajah. Selain itu, para pengunjung dapat melihat beberapa jenis haiwan dalam habitat semulajadinya.

 

5e468cadbd8e1bd190dfca0d Dwellings 01 p 800

 

Alamat : Lot 17799 Sungei Semantut, 27600 Bentong, Pahang

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : https://www.gibbonretreat.com/

No Telefon : 011-3602 3507