Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Mempaga 3 merupakan projek fasa 4 (Telephony). NADI Felda Mempaga 3 terletak di dalam kawasan Pusat Rekreasi Felda Mempaga 3. Mula dibuka secara rasmi pada 8 April 2013 kepada komuniti setempat. 

bangunan PEDI

Bangunan NADI Felda Mempaga 3

cats

Kemudahan komputer dan bilik latihan di NADI Felda Mempaga 3

Asal Usul Felda Mempaga

 

Felda Mempaga merupakan salah satu daripada FELDA di dalam daerah Bentong. Seperti tanah rancangan FELDA lainnya, ia memberikan penempatan semula penduduk miskin luar bandar untuk membangunkan kawasan baru. Nama  Mempaga diambil sempena nama sebatang anak sungai di dalam kawasan ini. Peneroka Felda Mempaga terdiri daripada berbilang bangsa dan suku kaum Melayu seperti Jawa, Banjar, Kampar, Pattani, Mendiling, dan Rawa yang datang daripada seluruh pelusuk tanah air.

 

IMG 6620