Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Felda Mempaga 3 antaranya:

  • Air Terjun Sungai Dua
  • Air Terjun Chamang
  • Hutan Lipur Lentang
  • Muzium Bilut
  • Bukit Raka
  • Gua Cinta Manis
  • Kuala Gandah
  • Dusun Eco Resort

 231716380 e8d01337cc o

AIR TERJUN SUNGAI DUA

 

p2080253-1018x460

AIR TERJUN CHAMANG

 

HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.

Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.  HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.

Air Terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi dalam daerah Bentong, Pahang. Papan tanda menunjukkan jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musangmenuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km.  Ke hilir air terjun terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.

 

 

8f02cf2c4233d6ad3f2588f0614ab2ed

MUZIUM BILUT

 

 

58091481

BUKIT RAKA

 

                     

Dari Bukit Raka, kita dapat melihat seluruh bandar Bentong serta menyaksikan segala perubahan yang berlaku di Bentong sejak dari dahulu lagi. Berhubung dengan ketinggian Bukit Raka, satu portal geografi antarabangsa, GeoNames.org telah menyatakan bahawa ketinggian puratanya ialah 318 meter dan puncaknya berada pada ketinggian 570 meter dari aras laut. Akan tetapi ahli pasukan pendakian telah mengukur ketinggian puncak sebenarnya ialah 488 meter dari aras laut. Lantas ia menimbulkan satu pertikaian tentang ketinggian sebenar Bukit Raka.  Mendaki Bukit Raka bukan sahaja mencabar daya ketahanan fizikal tubuh, malahan juga kecekalan mental dan ketenangan minda. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyemai sifat sabar juga ketahanan diri.

GUA CINTA MANIS

 

kuala-gandah-elephant-08

KUALA GANDAH

 

             Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, di Pahang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat gajah Malaysia. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ini akan memberikan anda peluang mempelajari sifat haiwan ini. Anda akan berpeluang untuk menunggang gajah dan masuk ke dalam hutan, dengan bantuan petugas, atau gembala gajah.

             Bagi mereka yang berani dan sukakan pengembaraan, anda berpeluang membawa gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada yang lebih hebat jika dapat menyentuh haiwan ini. Dianggarkan hanya tinggal 1,200 ekor gajah liar Asia, juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan ini satu-satunya pusat perlindungan yang dibina untuk menempatkan semula haiwan ini. Gajah telah diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan sebuah pusat perlindungan yang selamat di hutan. 

 

4

1

DUSUN ECO RESORT

 

             Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang Darul Makmur. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi nya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan. Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur / Karak. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan. Dengan keluasan 27 ekar, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pasti memenuhi keperluan dan kehendak semua golongan.