Abdul Daniel Hafizi Bin Che Husin merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Kg Sertik,Karak,Pahang. Beliau merupakan anak sulung daripada 2 orang adik-beradik. Rumah keluarga beliau terletak bertentangan dengan Pusat Internet Felda  Mempaga 3. Ini menjadikan beliau seorang pengunjung tetap dan pengunjung pertama yang akan ke PI setiap kali dibuka.

            Selain kerana rumah yang terlalu hampir dengan PI, Daniel selalu berkunjung ke PI kerana minat yang tinggi di dalam bidang teknologi maklumat, di samping keadaan dan persekitaran Pusat Internet 1Malaysia yang sangat selesa. Daniel merupakan Ketua Pengawas sewaktu masih bersekolah rendah. 

            Sebagai seorang remaja yang sedang membesar, Daniel selalu bertanya pelbagai soalan tentang maklumat, aplikasi terbaru di dalam dunia teknologi maklumat. Beliau juga selalu mengajak dan membuat promosi percuma kepada kawan-kawan dan saudara-mara. Beliau tidak pernah mengharapkan sebarang upah dan balasan dengan setiap tindakan atau pertolongan yang dilakukan. Beliau sering menggunakan aplikasi Facebook, Instagram, We Chat dan Whatssap untuk mewar-warkan tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

            Selain itu, Daniel sentiasa menawarkan pertolongan untuk sama-sama membersihkan kawasan sekitar Pusat Internet, terutamanya ketika rumput baru di potong. Beliau selalu bersemangat mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau sangat komited sehinggakan setiap aktiviti yang dilaksanakan tercatit namanya. Contohnya,Klik Dengan Bijak,Kelas Mingguan dan lain-lain.

            Selain menggunakan kemudahan intenet, Daniel juga selalu menggunakan perkhidmatan fotostat dan mencetak. Biasanya beliau mencetak kertas-kertas soalan dan gambar-gambar yang diminta oleh guru.

            Dengan adanya remaja seperti Daniel, Pusat Internet akan lebih dikenali dan dikunjungi lebih ramai pengguna kerana Pusat Internet bukan sekadar sebuah pusat intenet tetapi juga sebagai sebuah pusat sehenti untuk masyarakat.

    

Daniel bersama rakan-rakan dan petugas Pusat Internet sempena

Sambutan Hari Kemerdekaan 

Daniel bersama rakan-rakan dan guru semasa

Majlis Bacaan Yassin 

 

Daniel menerima Anugerah Nilam

di SK (LKTP) Felda Mempaga 2