Tarikh |
: 23 September 2017 |
Masa | : 09.00 pagi - 02.00 petang |
Lokasi |
: PI1M Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 70 orang |
Tujuan |
|
Program ini dihadiri oleh 70 orang peserta yang merupakan komuniti setempat yang tinggal di sekitar kawasan Felda Mempaga. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada komuniti setempat. Selain itu peserta juga turut diberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan teknologi maklumat dan media sosial melalui taklimat KDB. Program ini juga dianjurkan bagi meningkatkan keahlian dan mempromosikan PI1M kepada komuniti setempat disamping memberi kesedaran tentang pentingnya E-Waste iaitu pengumpulan barang elektronik rosak untuk dilupuskan dengan cara yang betul kepada komuniti. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta diberi taklimat penerangan tentang aplikasi Dashboard seperti Mykomuniti dan Myshop. Para peserta juga turut diberi peluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Taklimat kesedaran tentang keselamatan penggunaan teknologi maklumat dan pelupusan bahan teknologi dengan cara yang betul juga turut disampaikan kepada peserta yang hadir. Pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan sepanjang program ini dijalankan antaranya ialah Kuiz Dashboard/KDB, Pertandingan Word Search, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Bento (Sarapan Pagi). Sepanjang program berlangsung setiap peserta mendapat manfaat dan kebaikan dari program yang dijalankan PI1M. |
|