Tujuan

Kursus ini dihadiri oleh 17 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Kursus ini adalah kerjasama antara MARA, Institut Usahawan Bumiputera (IUB) dan Pusat Internet. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan media sosial. Disamping itu, program ini juga dapat menarik lebih ramai usahawan menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet untuk melaksanakan sebarang aktiviti perniagaan secara atas talian.

Aktiviti
Para peserta kursus mempelajari pelbagai media pengiklanan perniagaan seperti Facebook Pages, FB Ads, Blog, Instagram dan Kedai Online (ecwid.com). Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Canva.com untuk pengeditan imej. 

Gambar di sini