Tujuan

Program ini dihadiri oleh 111 orang peserta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk. Disamping itu, ia juga dapat mempromosikan kemudahan yang sedia ada di Pusat Internet di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah taklimat kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Mempaga dan Agensi Antidadah Kebangsaan. Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Mempaga 3 iaitu Encik Rosli Bin Md Diah.

Gambar di sini