Tujuan

Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan ini diadakan bertujuan untuk  melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan kepada komuniti setempat. Program ini  dapat mengeratkan Pusat Internet dengan masyarakat dan menjalin kerjasama jabatan dan agensi untuk mewujudkan komuniti sihat. Disamping itu, program ini juga dapat mewujudkan komuniti yang mesra ICT dan teknologi untuk menjaga kesihatan dengan persekitaran bersih.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah Bengkel Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Sukaneka, Pertandingan Bento, Pertandingan Mewarna, Pertandingan MyShop, Pertandingan MyKomuniti dan Kuiz Kahoot. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Karak, Klinik Pergigian Bentong, Telekom Malaysia dan Bank Simpanan Nasional. Program ini dirasmikan oleh Pengurus Felda Felda Mempaga 3 iaitu Encik Rosli Bin Md Diah.

Gambar di sini