AKTIVITI 1 : KELAS ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI/ MULTIMEDIA
Tarikh |
: 2, 3, 4, 5, 15, 18, 21 & 24 April 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 8 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan Internet. Selain itu, kelas ICT secara atas talian ini juga dapat meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menyemak Bantuan Prihatin Nasional dan membuat permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2, hasil daripada tunjuk ajar petugas. Selain itu dapat membantu mereka mengubahsuai format gambar untuk permohonan Zakat. |
|
Aktiviti |
|
Antara modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan internet dan membuat semakan berdasarkan link website yang diberikan menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ (Semakan Bantuan Prihatin Nasional) dan https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php. (Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 2). Ini memudahkan para pelajar untuk menyemak dan mendaftar dengan mudah.Selain itu pengubahsuaian gambar dan menukar format juga telah dilakukan dengan menggunakan MS Word (Image-PDF). |
|
|
AKTIVITI 2 : E-DAGANG (PEMASARAN ATAS TALIAN : FB GROUP - BAZAR RAMADHAN ONLINE)
Tarikh |
: 24 April 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 35 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri dalam penggunaan Internet. Selain itu, kelas Keusahawanan secara atas talian ini juga dapat membantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Facebook Group Pusat Internet Felda Mempaga 3. Petugas juga menjemput komuniti yang terdiri daripada penduduk yang terdiri dalam golongan pembeli turut serta bagi memeriahkan Bazar Ramadhan Mempaga secara atas talian. Perlaksanaan inisiatif ini dilihat mampu membantu golongan peniaga dengan menyediakan platform perniagaan atas talian di samping menjana ekonomi golongan usahawan sepanjang musim PKP. |
|
Aktiviti |
|
Antara modul yang dipelajari semasa kelas adalah cara mengiklankan produk/perkhidmatan kepada golongan pembeli. Mereka perlu membuat iklan dan iklan yang telah lulus dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh Pusat Internet akan dipaparkan di dalam group Facebook. Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membuat posting iklan, petugas akan membantu melalui medium Whatsapp dan Facebook Messenger. |
|
|