AKTIVITI 1 : BENGKEL KEUSAHAWANAN (SHOPEE)
Tarikh |
: 25, 26 Julai & 05 Ogos 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 15 Peserta |
Tujuan |
|
Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta bengkel mempelajari cara memasukkan produk, pengurusan tempahan dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Selain itu, para peserta turut diberi tunjuk ajar tentang teknik fotografi produk untuk diiklan di Shopee. | |
AKTIVITI 2 : BENGKEL MULTIMEDIA (CANVA)
Tarikh |
: 15 & 16 Ogos 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 20 Peserta |
Tujuan |
|
Bengkel yang dihadiri oleh 20 orang peserta ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar sekolah berkenaan dengan rekabentuk grafik dan infografik menggunakan canva. Perisian pengeditan di atas talian ini dapat membantu para peserta mencipta hasil grafik yang kreatif dengan lebih mudah. |
|
Aktiviti |
|
Peserta didedahkan dengan aplikasi canva bagi membina rekabentuk grafik poster yang menarik. |
|