AKTIVITI 1 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 2, 7, 10, 15 & 18 September 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 5 Peserta |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta bengkel mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel serta menjalankan transaksi menggunakan perbankan internet (Maybank2u.com) dan mencetak penyata bank. Selain itu, usahawan juga diberi tunjuk ajar tentang teknik fotografi produk. | |
AKTIVITI 2 : KELAS ASAS KOMPUTER - MICROSOFT WORD
Tarikh |
: 19 September 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 3 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas. |
|
Aktiviti |
|
Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak. |
|