AKTIVITI 1 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 7, 8, 12, 14, 15, 20 dan 22 April 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 8 Peserta |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta mempelajari cara menyemak transaksi di dalam perbankan internet, . Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara melayari laman web e-Kerajaan untuk membayar caruman pekerja secara online. | |
AKTIVITI 2 : KELAS ICT ASAS KOMPUTER
Tarikh |
: 3, 5, 10 dan 11 April 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 16 Orang |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas. |
|
Aktiviti |
|
Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz ICT dan e-Pembelajaran. |
|
AKTIVITI 3 : PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19 DI PIK
Tarikh |
: 5, 6, 8 dan 15 April 2021 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan |
|
Dalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, SKMM telah menggerakkan semua Pusat Internet Komuniti (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutama warga tua yang sukar mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Usaha ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengambilan vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi wabak COVID-19. |
|
Aktiviti |
|
Penerangan tentang proses vaksinasi dan pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera. |
|