Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web.

Aktiviti
Para peserta mempelajari cara menyemak transaksi di dalam perbankan internet, . Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara melayari laman web e-Kerajaan seperti EZ-Biz (pendaftaran SSM), CIMS (pendaftaran MITI) dan MySejahtera (pendaftaran premis)

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri menggunakan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar.

Aktiviti

Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz ICT dan e-Pembelajaran.

Gambar di sini