AKTIVITI 1 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 5, 6 & 12 Jun 2021 |
Masa | : 9.00 pagi - 3.30 petang |
Lokasi |
: Secara atas talian (Zoom) |
Peserta | : 20 Peserta |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan pretasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Jun dijalankan secara atas talian dari kediaman peserta berikutan penutupan sementara PIK. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. | |
AKTIVITI 2 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh | : 2, 3, 4, 5, 7, 8 dan 10 Jun 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Secara Atas Talian (Whatsapp) |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan menggunakan sistem e-kerajaan, platform e-dagang (Shopee) dan kemahiran teknologi maklumat yang lain. |
|
Aktiviti |
|
Peserta diberi tunjuk ajar melalui aplikasi Whatsapp berkenaan sistem e-kerajaan seperti CIMS (pendaftaran MITI) dan EZBiz (pendaftaran SSM). Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar berkenaan cara penggunaan platform e-dagang di Shopee Seller Centre. |
|