Tujuan

Taklimat ini adalah anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Bentong dengan kerjasana PEDI Felda Mempaga 3. Taklimat  ini disertai oleh 12 orang usahawan setempat. Tujuan utama taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan mengenai Perluasan Sektor Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri yang mengkhususkan golongan usahawan.

Aktiviti

Sesi pertama para peserta diberi taklimat penerangan tentang Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri dan pendaftaran usahawan dengan PERKESO.

Sesi kedua para peserta diberi penerangan dan taklimat tentang perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Turut diselitkan taklimat Klik Dengan Bijak dan penggunaan portal Sebenarnya.my.

Gambar di sini

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan perisian asas komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kemas dan kreatif.

Aktiviti
Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. 

Gambar di sini