AKTIVITI 1 : BENGKEL ASAS KOMPUTER
Tarikh |
: 6 & 7 September 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 37 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan perisian asas komputer dan pengeditan imej. |
|
Aktiviti |
|
Pada sesi pertama, para peserta diberi taklimat oleh petugas berkaitan tatacara menggunakan aplikasi Postermywall. Semua peserta menyertai Pertandingan Poster Merdeka menggunakan aplikasi Postermywall. Pada sesi kedua, para peserta mempelajari tatacara penggunaan perisian asas seperti Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. Dipenghujung sesi bengkel, peserta menyertai Kuiz Kahoot.
|
|
AKTIVITI 2 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 3, 4, 10, 11, 17 dan 18 September 2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi |
: Secara atas talian (Zoom) |
Peserta | : 29 Peserta |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan September ini dijalankan secara atas talian di PEDI. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. | |
AKTIVITI 3 : HARI BERSAMA KOMUNITI KLUSTER BENTONG
Tarikh |
: 10 September 2022 |
Masa | : 8.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : 180 Peserta |
Tujuan |
|
Mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang Baru, mengukuhkan hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang. |
|
Aktiviti |
|
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah taklimat, pameran agensi, pertandingan, kuiz dan cabutan bertuah. |
|