AKTIVITI 1 : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh |
: 05 Oktober 2022 |
Masa | : 11.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi |
: SMK Seri Bentong |
Peserta | : 300 orang |
Tujuan |
|
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. |
|
Aktiviti |
|
Peserta diberi taklimat mengenai buli siber di kalangan pengguna internet. Antara pengisian program ini adalah penerangan tentang tips pencegahan buli siber, panduan Hak Kebebasan Bersuara dan Akta Komunikasi Multimedia 1998. Sesi taklimat turut diselitkan dengan kuiz Klik Dengan Bijak. |
|
AKTIVITI 2 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 15, 16, 22 & 23 Oktober 2022 |
Masa | : 9.15 pagi - 5.45 petang |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 21 orang |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Oktober ini dijalankan secara atas talian di PEDI. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. |
|