AKTIVITI 1 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: Sepanjang bulan Februari |
Masa | : 09.00 pagi - 06.00 petang |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 17 Peserta |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 17 orang peserta yang merupakan usahawan PEDI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web. |
|
Aktiviti |
|
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :- - Membuat Profil Syarikat menggunakan aplikasi Microsoft Word - Mendapatkan Penyata Bank syarikat melalui perbankan internet Maybank2u.com, Bank Rakyat dan Cimbclicks - Pengeditan imej iklan produk menggunakan aplikasi Canva.com - Mempelajari cara melayari laman web untuk pembelian barangan Amway - Mempelajari cara mengisi dan memuatnaik fail ke dalam Google Form - Mempelajari cara untuk convert fail ke format PDF - Mempelajari cara untuk mendaftarkan perniagaan di dalam sistem EZBiz - Memperbaharui lesen perniagaan (SSM) menggunakan sistem EZBiz - Mempelajari cara untuk E-mail Recovery - Mempelajari cara untuk membuat bayaran caruman PERKESO pekerja menggunakan laman web iperkeso.com |
|
AKTIVITI 2 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 11,12, 18, 19, 25 & 26 Februari 2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi |
: Secara atas talian (Zoom) |
Peserta | : 16 Peserta |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Januari ini dijalankan secara atas talian di PEDI. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. | |