Tujuan

Tujuan Program Jerayawara Hentikan Buli Siber ini adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

Aktiviti
Peserta diberi taklimat mengenai buli siber di kalangan pengguna internet. Antara pengisian program ini adalah penerangan tentang tips pencegahan buli siber, panduan Hak Kebebasan Bersuara dan Akta Komunikasi Multimedia 1998. Sesi taklimat turut diselitkan dengan kuiz Klik Dengan Bijak.

Gambar di sini


AKTIVITI 2 : E-TUISYEN

Tarikh
: 10, 11, 17, 18, 24 & 25 Jun 2023
Masa : 9.30 pagi - 5.45 petang
Lokasi
: PEDI Felda Mempaga 3
Peserta : 34 orang

   

Tujuan

Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. 

Aktiviti
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Jun ini dijalankan secara atas talian di PEDI. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. Petugas PEDI membuat pantauan dan tunjuk ajar semasa sesi kuiz online dijalankan.

Gambar di sini