Nama : Muhammad Aiman Muhaimin Bin Md Desa
Umur : 11 tahun
Ahli : 29 Julai 2017

Latar belakang

Muhammad Aiman Muhaimin yang berumur 11 tahun merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda mempaga 3. Beliau dilahirkan di Hospital Bentong pada 01 Ogos 2007 dan kini tinggal menetap bersama keluarganya di Felda Mempaga 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau tidak mempunyai pengetahuan dari segi penggunaan perkakasan dan perisian komputer. 

aiman3

Aiman ketika mengikuti Kelas Asas Komputer di PI1M Felda Mempaga 3

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Julai lalu, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan tidak pernah ketinggalan dalam menghadiri setiap kelas mingguan yang dianjurkan pihak PI. Sebelum ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat.

aiman1

Aiman bersama rakan-rakan selepas mengikuti Kelas Asas Komputer di PI Felda Mempaga 3

Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian. Menurut beliau kemudahan di PI dan petugas banyak membantunya dalam pembelajaran selain petugas memberi tunjuk ajar kepadanya menyiapkan setiap tugasan.

aiman2

Aiman menerima cenderahati kuiz ICT dari Pengurus PI