USAHAWAN

Nama : Maimuna Binti Maizun
Umur : 30 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Maimuna yang berumur 30 tahun merupakan usahawan yang menjual pelbagai jenis tudung, dan aksesori wanita serta kanak-kanak. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalannya sahaja. Keuntungan yang diperolah kurang memberangsangkan namun beliau tidak putus semangat dan tetap meneruskan perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Februari 2019 selepas melihat iklan Kelas Keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet. Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula memasar dan mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dan Shopee dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

36323679 2052829941633530 3310936223438077952 n