CELIK IT

Nama : Nur Alia Maisarah Binti Mohd Alias
Umur : 10 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Alia Maisarah yang berumur 10 tahun merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau dilahirkan di Hospital Bentong pada 26 Julai 2019 dan kini tinggal menetap bersama keluarganya di Felda Mempaga 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, Alia Maisarah tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada 23 April 2019, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di Pusat Internet.

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama sebulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

IMG 7295