USAHAWAN

Nama : Nur Nancy Zurin Binti Abdullah
Umur : 33 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Nancy yang berumur 33 tahun merupakan usahawan yang menjalankan penternakan puyuh. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalannya sahaja. Keuntungan yang diperolah kurang memberangsangkan namun beliau tidak putus semangat dan tetap meneruskan perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada 2019 selepas melihat iklan Kelas Keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet. Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dan Instagram dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Kini beliau mampu memiliki pendapatan RM 3000 seminggu dengan hasil jualan puyuh dan telur puyuh tersebut. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

 

57284585 2455022711227620 3526312482391982080 n