USAHAWAN

Nama : Nurul Asyiqin Binti Yusop
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

PuanNurul yang berumur 31 tahun merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan tudung dan aksesori wanita. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau pernah bekerja dalam bidang kulinari. Kemudian beliau mengambil keputusan berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di rumah dan pasar malam Mempaga sahaja. Keuntungan yang diperolah kurang memberangsangkan namun beliau tidak putus semangat dan tetap meneruskan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada dan mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dan medium Shopee dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos.

 

Untitled