CELIK IT

Nama : Wan Nur Aishah Bt Wan Suhaimee
Umur : 10 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Wan Nur Aishah yang berumur 10 tahun merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau kini tinggal menetap bersama keluarganya di Felda Mempaga 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, Wan Nur Aishah tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada 29 Jun 2019, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di Pusat Intenet.

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama sebulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

IMG 8820