USAHAWAN

Nama : Hasniza Binti Jaafar
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Hasniza yang berumur 38 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai ejen Tupperware, membuat kraftangan daripada felt dan menjual makanan seperti tauhu berlauk. Beliau merupakan bekas kakitangan Kolej Yayasan Felda Pahang dan kini menjalankan perniagaan secara sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalan dan penduduk sekitar kawasan Felda Mempaga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau sering ke Pusat Internet Felda Mempaga 3 untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan mencetak. Selain itu, beliau turut mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet antaranya Bengkel Fotografi Produk dan Bengkel Video.

Beliau mula mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dan Instagram dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau.

 

hasnizajaafar