CELIK IT

Nama : Assyifa Najia Binti Rosdan
Umur : 10 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Assyifa yang berumur 10 tahun merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda Mempaga 1. Beliau dan keluarganya menetap di Felda Mempaga 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, Assyifa mengetahui serba sedikit mengenai perkakasan komputer namun tidak mahir menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada 2019, menjadi rutin ibu beliau menghantar beliau mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.Setelah mengikuti kelas ICT di Pusat Internet menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

IMG 9337