USAHAWAN 1

Nama : Norhasimah Binti Mat Sawai
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Norhasimah yang berumur 32 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai ejen produk kecantikan jenama Diamond Gold (DG).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalan dan penduduk sekitar kawasan Felda Mempaga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau sering ke Pusat Internet Felda Mempaga 3 untuk menggunakan perkhidmatan komputer. Selain itu petugas juga memberi tunjuk ajar mengenai penggunaan perbankan internet, pengiklanan di Facebook dan Whatsapp Web.

Kini beliau kerap mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau.

18121176 1434107023319843 4166019639390334571 o

 

 

USAHAWAN 2

Nama : Zulaikha Binti Hj Mohd Kasim
Umur : 33 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Zulaikha yang berumur 33 tahun merupakan suri rumah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuat kraftangan dan cenderahati daripada fabrik jenis felt.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ sahaja dan tempahan yang diterima tidak memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada dan mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dan medium Shopee dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos.

AJUE CRAFT

 

CELIK IT

Nama : Muhammad Syaqirin Bin Noor Khairul Hisham
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Syaqirin yang berumur 10 tahun merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, Syaqirin tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Januari 2020, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di Pusat Intenet.

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama sebulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, Publisher dan lain-lain. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

SYAQIRIN