USAHAWAN

Nama :Shuhaida Binti Hamdan
Umur : 44 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Shuhaida yang berumur 44 tahun merupakan pengusaha kedai Arrayah Alliwa di Felda Mempaga 3. Beliau menjual pelbagai produk kesihatan dan produk makanan seperti dodol.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di premis perniagaannya di Felda Mempaga 3 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di sini. Antara kelas yang diikuti oleh beliau adalah kelas Fotografi Produk, Facebook dan Shopee.

Beliau kini telah berjaya memasarkan produk jualannya di atas talian. Perniagaan beliau semakin berkembang dan  permintaan pelanggan semakin bertambah. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah.

 

arrayah