CELIK IT

Nama :Siti Nur Amina Binti Abdullah
Umur :9 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Siti Nur Amina yang berumur 9 tahun merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada tahun 2020, beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah. Dengan bantuan petugas PI, beliau kini sudah mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di Pusat Intenet.

Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat dan ibubapanya turut memberi semangat dan dorongan kepada beliau. Beliau kini mahir menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, Publisher dan lain-lain. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian dan menyiapkan tugasan sekolah.

amina