USAHAWAN

Nama : Ummu Hanie Binti Mohd Sidek
Umur : 28 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Ummu Hanie merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan pakaian wanita dan pewangi kereta. Beliau memulakan perniagaan pakaian ini sejak 2019. Beliau merupakan suri rumah dan menjalankan perniagaan ini untuk menambah pendapatan sampingan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalan dan jiran terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di sini. Antara kelas yang diikuti oleh beliau adalah kelas Fotografi Produk, Facebook dan Shopee.

Beliau kini telah berjaya memasarkan produk jualannya di atas talian. Perniagaan beliau semakin berkembang dan pasarannya lebih meluas. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah.

cats