CELIK IT

Nama : Puteri Aliana Natasya
Umur : 9 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puteri Aliana Natasha yang berumur 9 tahun merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli pada September 2020, beliau mula mengikuti kelas asas komputer dan e-pembelajaran di Pusat Internet. Dengan bantuan petugas PI, beliau kini sudah mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di Pusat Internet. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah atau menjalankan kuiz secara online di Pusat Internet.

Beliau kini mahir menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, Publisher dan lain-lain. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

 

IMG 0274