USAHAWAN

Nama : Norfazilah Binti Bachok
Umur : 34 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Fazilah yang berumur 34 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pakaian dan barang keperluan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di kedai beliau yang terletak di Pasar Felda Mempaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau mula mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet. Beliau mempelajari cara mempromosikan produk jualannya menggunakan medium Facebook, Whatsapp, Instagram dan Shopee.

Oleh kerana perniagaan beliau terjejas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac sehingga Jun lalu, beliau kini mengambil inisiatif untuk mempelajari cara untuk memasarkan produk perniagaannya secara atas talian. Menurut beliau perniagaannya kini semakin stabil dan berkembang.

 

WhatsApp Image 2020 12 08 at 16.33.51