USAHAWAN

Nama : Zaleha Binti Mahmud
Umur : 38 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Puan Zaleha merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan produk makanan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, ikan segar dan ikan sejuk beku.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada jiran dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berikutan dengan pendamik Covid-19 dan melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk mula memasarkan produknya secara atas talian. Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet,beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3 untuk mempelajari teknik pemasaran atas talian yang berkesan. Petugas Pusat Internet membantu beliau mengenai medium pemasaran atas talian dan teknik pengeditan menerusi perisian online Canva.com.

Kini produk perniagaan beliau semakin dikenali dan semakin berkembang maju. Beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan di sekitar daerah Bentong. Menurut beliau pemasaran atas talian amat membantu para usahawan dalam memasarkan produk dengan lebih berkesan.

152800871 286107699713371 4773797199178393847 n