CELIK IT

Nama : Nur Dhiazyaraa Zafrina Bt Mohd Sahrul
Umur : 7 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Nur Dhiazyaraa Zafrina yang berumur 7 tahun merupakan pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli pada Februari 2021, beliau mula mengikuti kelas asas komputer dan e-pembelajaran di Pusat Internet. Dengan bantuan petugas PI, beliau kini sudah mahir menggunakan perkakasan dan perisian asas komputer. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Beliau kini mahir menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word, Power Point dan lain-lain. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

IMG 0732