USAHAWAN

Nama : Nor Aslinda Binti Ibrahim  
Umur : 32 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Puan Aslinda yang berumur 32 tahun merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan makanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ dari rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada April 2021. Beliau kerap pengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Mempaga 3 untuk mempelajari mengenai penggunaan komputer, perbankan internet, e-kerajaan dan carian di internet.

Beliau turut mengunjungi PIK untuk membuat pendaftaran perniagaan miliknya di portal EzBiz. Selepas mendaftarkan perniagaannya beliau mula mengatur strategi untuk memajukan perniagaannya. Kini beliau telah membuka sebuah premis perniagaan kek dan bakeri di Kedai Koperasi Felda Mempaga 2. Dengan sokongan dan bimbingan petugas, beliau mula aktif mempromosikan produk jualannya di atas talian melalui medium Facebook. Perniagaan beliau semakin berkembang dan permintaan daripada pelanggan kian bertambah.

196824238 994033541139600 1634080298094619835 n