USAHAWAN

Nama : Siti Noor Syafiqah Binti Mohd Fodzi
Umur : 22 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Cik Siti Noor Syafiqah yang berumur 22 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma. Beliau memulakan perniagaan Suprise Box sejak setahun yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara offline kepada kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3 dan  kerap pengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Mempaga 3 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDI.

Dengan sokongan dan bimbingan petugas PEDI, beliau mula aktif mempromosikan produk jualannya di atas talian melalui medium Facebook dan Shopee. Perniagaan beliau semakin berkembang dan permintaan daripada pelanggan kian bertambah.

syafiqah