Puan Robiah yang berumur 45 tahun merupakan surirumah yang menjalankan perniagaan barang kemas seperti goldbar, dan barang kemas perhiasan wanita. Beliau merupakan ibu kepada 6 orang anak. Suami beliau sering memberi galakan kepada beliau untuk lebih maju dalam bidang perniagaannya. Bagi beliau sokongan dan galakan daripada suaminya menjadi pendorong kepada kemajuan perniagaannya kini. 

 

catsPuan Robiah (bertudung biru) semasa Program Hari Dashboard di PI Felda Mempaga 3 

           Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menerima pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran, kenalan dan penduduk setempat. Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada Jun 2015, beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI kerana beliau sedar akan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat pada masa kini. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Kursus keusahawanan yang diikutinya memberikan kesan besar kepada perniagaannya dengan kaedah promosi atas talian yang amat berkesan. 

 

ss kak rubyAntara produk yang diiklankan di Facebook milik Puan Robiah

           Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Sejak mempromosikan perniagaan beliau di atas talian, pelanggannya kini tidak terhad kepada penduduk setempat sahaja kerana beliau turut menerima tempahan barang kemas dari luar daerah Bentong.