Puan Maisalmah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan (Mat Bulat Meatball) dan Pusat Kecergasan Fizikal (Ultimate Gym & Fitness Center) di Felda Mempaga. Beliau sering menggunakan medium elektronik seperti komputer, tablet dan telefon peribadinya dalam mempromosikan perniagaannya. Selain itu beliau juga menggunakan kemudahan internet mendapatkan maklumat berkaitan dan menambah pelanggan.

kak mai

Puan Maisalmah ketika mengikuti Kursus E-Usahawan MDEC di PI1M Felda Mempaga 3

              Puan Maisalmah merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan awal tahun 2016. Kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau membuka Pusat Kecergasan Fizikal (Ultimate Gym & Fitness Center) pada awal 2017 dengan bantuan daripada suaminya. Suami beliau sering memberi dorongan dan sokongan dalam penglibatan beliau dalam bidang perniagaan.

kisah kejayaan kak mai mat bulat

Produk Mat Bulat Meatball Mempaga yang diusahakan oleh Puan Maisalmah

kisah kejayaan kak mai gym

Ultimate Gym & Fitness Centre yang mula beroperasi awal 2017 lalu

              Pada awal perniagaan beliau keuntungan bulanan adalah dalam jumlah yang kecil sahaja. Pelanggan yang sering berkunjung ke kedai beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat kerana beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Mempaga 3, beliau kini telah memiliki akaun Facebook dan Facebook Page yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Oleh kerana pengiklanan produk beliau di laman sosial dan pengiklanan online ini menjadikan permintaan dan pelanggannya semakin meningkat.

              Beliau juga menyediakan khidmat pesanan makanan (Mat Bulat Meatball) melalui WhatsApp dan khidmat penghantaran kepada pelanggannya di sekitar Felda Mempaga. Jumlah pendapatan bulanannya kini semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan.