Qadisha Rania Binti Amul Huzni yang berumur 7 tahun merupakan pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan anak pertama daripada dua adik beradik. Beliau dilahirkan di Selangor pada 13 Mei 2010 dan kini tinggal menetap bersama keluarganya di Felda Mempaga 1.

 

IMG 1483

 Qadisha (hadapan) semasa mengikuti Kelas ICT Asas Komputer di PI1M Felda Mempaga 3


               Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mempaga 3, Qadisha Rania tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada 08 Januari 2017, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak jemu menimba ilmu di PI1M. Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat.

 

IMG 1616

 Qadisha menerima cenderahati dari PI1M bagi Pertandingan Menaip

               

Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

 

IMG 1550

 

Qadisha bersama rakan-rakannya selepas selesai Kelas ICT di PI1M Felda Mempaga 3