USAHAWAN MAKANAN - NASI KUKUS AYAM BEREMPAH

Nama : Norhasnini Bt. Baharudin
Umur : 36 tahun
Ahli : 13 Jun 2015

Latar belakang

Puan Norhasnini Baharudin yang berumur 36 tahun merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan iaitu nasi kukus ayam berempah. Perniagaan beliau terletak di laman niaga Felda Mempaga 3.  Beliau juga menjalankan perniagaan di Pasar Malam iaitu pada setiap hari Sabtu dan Selasa di sekitar Mempaga.  Beliau merupakan ibu kepada 5 orang anak. Suami beliau sering memberi galakan kepada beliau untuk lebih maju dalam bidang perniagaannya. Bagi beliau sokongan dan galakan daripada suaminya menjadi pendorong kepada kemajuan perniagaannya kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran, kenalan dan penduduk setempat. Keuntungan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada Jun 2015, beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI kerana beliau sedar akan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat pada masa kini. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah selepas beliau mula mempromosikan produknya di atas talian. Anggaran pendapatannya kini adalah sekitar RM5000,00 sebulan.

Nasi Kukus 03